Sunday, 11 November 2012

sahabat sejati

Sahabat Sejati

                          Pada korang, apa erti SAHABAT?..
Mulanya aku tak kenal erti sahabat ni.. Hinggalah aku jumpa seseorang yang layak aku panggil SAHABAT.. Walaupun berbeza bangsa, warna kulit, agama dan budaya, tapi aku dapat merasakan bahawa dialah yang terbaik untuk jadi SAHABAT aku.. Pada pertemuan kami yang pertama aku tidak menyangka bahawa dia boleh menjadi teman yang paling akrab dengan aku.. Benarlah, kita yang merancang, Tuhan yang menentukan.. 
                          
                Jika engkaw merasakan permata nilam itu indah, indah lagi persahabatan antara kita wahai sahabat.

                          Jangan jadi sahabat yang seperti GUNTING, yang memisahkan apa yang telah bersatu, tapi jadilah sahabat yang seperti JARUM, walaupun sakit dan memeritkan, namun ia menyantumkan kembali apa yang telah terpisah..

                          Sahabat tidak semestinya orang yang telah lama bersahabat dengan kita, tetapi sahabat  baru tidak akan sama dengan sahabat yang lama..